Sunday, 6 March 2011

Perjalanan Ke Negeri Abadi

Wahai Tuhan
Ku tak layak
Ke Syurgamu

Namun tak pula
Aku sanggup ke nerakamu

Terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Sesungguhnya engkau mengampun dosa hambamu

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan dosa dosaku

Aku suka fitnah orang di wordpressku
Aku juga suka memfailkan studentku

Aku tak reti nak mengajar dengan baik
Aku perasan aku manusia yang paling pandai

Aku menzalimi orang yang bantu aku dengan ikhlas
Terimalah doa doa orang yang telah aku zalimi

Aku menghukum orang dengan sewenang hati
Tanpa kusedar mereka juga ada maruah diri

Aku gelar ibu bapaku sebagai binatang
Sedang aku menyalak tanpa orang memandangku

Wahai tuhan layakkah aku tinggal dengan orang yang tidak sempurna dikelilingku
Sedangkan yang aku kendung merana keranan aku

Aku telah dapat dengan apa yang aku minta
Aku bebas dari belennggu si dia

Tapi mengapa hatiku belum puas
Menghukum mereka

Aku punya musuh disekelilingku
Kemana saja aku pergi akan sentiasa ada musuh
Kerana aku tidak pernah menjadi kawan
Atau menjadi sahabat
yang bisa memberi seteguk air
kepada si syahid yang nazak

Apa ku peduli hak mereka wahai tuhan
Sebab ...............................................
Kau bersamaKu
Aku gembira kerana Wujudmu
Aku dapat berselindung disebalik namamu

No comments:

Post a Comment